Saturday 27 September 2014

Part 5 ~ Pasar Malam Brinchang & Rose cantik di Rose Valley

Part 5 ~ Pasar Malam Brinchang & Rose cantik di Rose Valley

   Sekitar jam 6, setelah mandi dan mengenakan baju sejuk, kami 4 beranak menuju ke Pasar Malam Brinchang. Untuk itu, tiadalah acara singgah makan digerai. Sambil menghirup udara petang yang segar dan berhawa sejuk, kami berjalan kaki dari Hotel penginapan. Saya memilih nasi ayamnya yang lazat dan jagung bakar.Dengan harga 5 ringgit, ianya agak berbaloi kerana potongan ayamnya sangat besar.
Kami juga mencuba air nipah yang dijual dengan harga 2 ringgit segelas. Rasanya boleh tahan..sedap & manis. Menurut tuan punya kedai, mereka memasak air nipah bersama gula merah dan dicampur pula dengan isinya. 

segelas air nipah berharga RM2

Buah-buah nipah
Anak-anak pula sukakan cendawan goreng. Ianya merupakan potongan cendawan bercelup butter, digoreng dan dimakan bersama sos pencicah. Harganya cuma RM5 untuk satu pinggan polisterin.
     Saya tertarik dengan salah satu kedai yang menjual pinggan mangkuk seramik yang sangat cantik. Tak sangka pulak diantara banyak-banyak kedai yang menjual strawberi, bunga, jagung, terselit pula kedai seramik ini.
Teringin membelinya tapi mengingatkan ianya bukanlah satu keperluan yang mendesak, saya batalkan niat.Mungkin suatu hari nanti, pinggan bercorak biru (yang menjadi kegemaran saya) akan menjadi milik saya jgk.Insyaalah..!

Pinggan seramik bercorak bunga biru memang menjadi kegemaran saya

Buah Strawberry yang bersize besar

Madu lebah dijual bersama 'sarangnya' sekali yang berharga RM5

Bunga-bunga segar juga banyak dijual disitu

Bunga 'Lavender' yang menarik perhatian

Gaya bapak & anak sedang shopping

Menaiki tangga menuju kebilik Hotel. Masa untuk makan..!

Hari ke 3 dan hari terakhir di Cameron Highland, agenda kami hari ini adalah melawat kebun bunga rose di Rose Valley & seterusnya ke Lavender Garden.
Dihadapan kaunter masuk ke Taman Rose

Posing sikit...

Mak aaaiii...besonyer dia....

Jaga-jaga Syaa..nanti hidung kena gigit plk...

Salah satu tempat rehat di Rose Valley. 

Bunga raya yang kembang semangkuk..
Disalah satu kedai cenderahati di Taman Rose
Arca-arca & patung2nya sangat menarik diterangi lampu bercahaya kuning

Arca patung yang menarik

buaian untuk berehat

Dikelilingi bunga 'ladies shoes'  

Salah satu tempat yang menarik untuk berfoto
Lagi buaian untuk berehat

Dikelilingi Rose putih yang sangat cantik

Syahmi Bergambar bersama arca kuda

Merak sedang sebok mengembangkan ekor
Rose putih yang paling memikat hati saya

Syasya ceria bersama patung 'Snow White' n the seven Dwarf
Bersambung lagi kepart 6...
Read more: http://www.adibsite.com/2014/11/pasang-facebook-comments-responsive.html#ixzz3Pd3lfqkd

No comments:

Post a Comment