Friday 26 September 2014

Resepi nasi Ayam Hainan yang terlajak sedap

     Anak perempuan saya suka makan nasi ayam. Biasanya, saya memasak nasi ayam, dengan cara ayamnya diperap dengan kicap, halia dan madu (jika ada) dan digoreng.Untuk kali ini En. Somi pulak teringin nak makan nasi ayam yang lain dari biasa, iaitu Nasi Ayam Hainan. Yang istimewanya juga sambal kicap yang saya buat kali ini sangat sedap. Selalunya simple aje iaitu dengan memasak kicap manis campur kicap cair dan kacau diatas dapur. Untuk memekatkan, saya campur pula tepung jagung. Tapi kali ni banyak benda yang saya masukkan dan ianya berbaloi kerana rasanya lebih sedap..! 
    
Bahan- bahan Untuk nasi
 2 inci halia
 sedikit daun bawang
 1 batang serai 
 2 cube ayam sebagai perasa
 2 ulas bawang merah
 1 ulas bawang besar
 sedikit minyak dan mentega untuk menumis 
 1 sudu halia yang ditumbuk 
 3 ulas bawang putih
 4 cawan beras
 4 cawan stok ayam
 daun pandan


Bahan-Bahan untuk Ayam Hainan 
(5-6 orang) 

1 ekor ayam
4 biji bawang putih dicincang halus

2 biji bawang merah dihiris
1 buku halia saiz sederhana (dipotong nipis)
1 kiub pati ayam maggi 

kicap cair-untuk direnjis keatas ayam (Setelah masak)
Sedikit garam 

timun, salad & tomato sebagai hiasan

Bahan-Bahan untuk Sambal 
10  biji capcicum merah
(boleh digantikan dengan lada merah)
6 biji bawang putih
1/2 biji bawang besar
1 inci halia saiz sederhana
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu besar gula 

4 sudu stok ayam
2 sudu besar sos cili maggi atau sos cili thai
1 sudu besar cuka makan 


Bahan-Bahan untuk Kicap 
4 ulas bawang putih
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
6 sudu besar kicap manis

2 sudu besar kicap cair
5 sudu besar air rebusan ayam
1 sudu besar gula 

sedikit tepung jagung untuk memekatkan kuah kicap

Bahan-Bahan untuk Sup 
1/2 bahagian air rebusan ayam tadi
1/2 bahagian bahan tumis nasi ayam
Daun sup
Lobak merah
1 sup bunjut
Secubit garam 


Cara -cara memasak nasi : 

- Mula-mula buat stok ayam dulu
Stok ayam tu buat cmne?
Ala rebus je tulang2 ayam dengan rempah 4 beradik, sedikit halia
Dah guna untuk masak nasi dan buat sos semua baru masukkan garam untuk dijadikan sup plak.
Dah jadi sup ayam...
Makan Nasi Ayam kena ada sup baru besttt.....
- Kemudian panaskan minyak dan mentega..tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang ditumbuk sehingga naik bau
- Masukkan beras dan goreng agak kekuningan
 - Masukkan stok ayam
- Kalau ada bay leaves masukkan tapi saya gantikan dengan serai
- Masukkan daun pandan (Yang telah disimpul)
- Pindahkan ke dalam rice cooker dan masak seperti biasa
- Masukkan 1 cube ayam sebagai perasa

Cara-cara memasak ayam Hainan

- Kukuskan ayam bersama-sama halia, bawang besar, daun bawang dan 1 cube ayam yang dihancurkan
- Stim lebih kurang 20-30 minit sehingga ayam masak
- Nak tau ayam masak ke tak tekan dengan garfu...kalau keluar minyak dah masak la tu..
- Bila ayam dah masak cepat2 masukkan dalam bekas berisi ais dan air.
- Tujuannya menurut orang Cina adalah untuk mengekalkan kelembutan dan keranggupan ayam
-  Rendam lebih kurang 15 hingga 20 minit
- Kemudian toskan
- Air kukusan tadi jangan dibuang plak
 ( Air kukusan ayam yea..bukan air rendaman ayam yang berais tu )
- Dah siap curahkan je air kukusan tadi atas ayam...baru ummphh gitu..
- renjiskan sedikit kicap cair keatas ayam.
- Hiaskan dengan daun salad, timun dan tomato

Cara-cara membuat sambal
- Kisar je semua bahan-bahan sos dh siap
- Untuk hilangkan bau cili boleh juga ditumis sambal itu terlebih dahulu.

Cara-Cara untuk Menyediakan Kicap 
1)  Campurkan semua bahan dan masak di dalam periuk sehingga mendidih. 

2) Untuk memekatkan kuah, campurkan tepung jagung (yang telah dibancuh dengan sedikit air)Cara-Cara untuk Menyediakan Sup Ayam
1. Masakkan sup ayam di dalam periuk lain sehingga mendidih.
2. Masukkan separuh bahagian bahan tumis nasi ayam tadi.
3. Perasakan garamya dengan segera.
4. Akhir sekali masukkan pula daun sup dan tutupkan api. 



Ayam Hainan
Set lengkap nasi ayam Hainan



Read more: http://www.adibsite.com/2014/11/pasang-facebook-comments-responsive.html#ixzz3Pd3lfqkd

No comments:

Post a Comment