Friday, 24 July 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2015 ~ Sedondon berbaby Blue

Salam Aidilfitri untuk yang sudi menjengah blog saya.Masih tak terlambat untuk kami sekelurga mengucapkan selamat hari raya aidilfitri mohon maaf zahir batin jika terdapat sebarang kata-kata yang mengguris hati sepanjang hampir setahun saya berblogging.

Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin untuk semua.

Sedondon berbaby blue..Berfoto kenangan bersama ibu dan ayah saya

  Syawal kali ini jatuh pada 17 Julai dan kami menyambutnya di tanah kelahiran saya, Kampung Tok Dir, Selising Pasir Puteh Kelantan. seawal 3 ari sebelum raya kami sekelurga selamat tiba ke kampung halaman. Adik-beradik saya yang seramai 7 orang bersama pasangan masing-masing juga berhari raya bersama. Alhamdulillah..setelah lama tak bersua , akhirnya dapatlah bersama..usik mengusik, gelak tawa memenuhi setiap ruang rumah pusaka keluarga.
   Seronok melihat balang-balang biskut raya tersusun rapi di bahagian dapur. Masing-masing menunjukkan bakat bercookies. Adik ipar saya menyediakan biskut tart nenas, jejari oat dan biskut nestum sementara adik perempuan saya menyediakan biskut untaian kasih, biskut dahlia, cornflakes madu dan beberapa jenis biskut raya yang ditempah spt jejari oat, biskut coklat dan banyak lagi.
Saya pula hanya setia dengan 4 jenis biskut, jejari oat, samperit susu, biskut oat kelapa dan biskut arab. Bayangkan apabila biskut2 ini bersatu, memang penuh mejalah jawabnya.


Biskut Oat kelapa hasil air tangan saya

Biskut Jejari oat- Biskut yang paling laku 

Biskut Arab

Biskut semperit susu

Biskut arab

    Menu raya saya lebih banyak kali ni.Ketupat palas dan tapai pulut hasil air tangan ibu saya, rendang ayam, gulai daging, nasi himpit yang dimakan bersama kuah kacang hasil masakan saya menjadikan kami kekenyangan. Ade pula nasi dagang lauk ikan aya dan gulai serati yang di hantar oleh sanak saudara saya menjadikan raye kali ni berat badan saya confirm bertambah.Huhuhu..
    Malam raye seperti biase laman rumah dipenuhi kanak-kanak yang datang untuk bermain  mercun dan bunga api.Pelita-pelita raya yang dipasang memenuhi laman rumah pusaka keluarga menjadikan suasana lebih hidup dan meriah. Tahun ini saya mensponsor lampu lup lip- lup lip agar rumah kami lebih berseri. Dalam sibuk memasak rendang dan gulai daging sempat juga saya menjengah laman rumah melihat kanak-kanak riang bermain bunga api..suasana yang jarang kita lihat pada hari biasa.

Rumah keluarga menjadi tempat utk kanak-kanak berkumpul pada malam raya. Photo ini disnap oleh adik saya 4 ari sebelum raya sebaik saja lampu lup lip yang saya sponsor selamat tergantung
 
      Selepas solat Aidilfitri, rumah kami mula dikunjungi sanak saudara dan rakan taulan. Petangnya sanak saudara dari Kota Bahru pula datang berkunjung. Sejak nenek dan datuk saya meninggal dunia memang sangat jarang kami menjengah sanak saudara sebelah sane.Rindu tu memang ade sebab kami sekeluarga pernah tinggal disana selama hampir 5 tahun sebelum pindah ke Gua Musang dan kembali menetap di Kg Selising ini. Tapi apakan daya, kekadang masa yang terhad dan masa yang kadang-kadang tak mencukupi pun bersama keluarga sendiri menjadikan ianya bukanlah satu bebanan yang berat.
     Jika pada tahun lepas kami 4 beranak sedondon berbaju hijau lumut tahun ni warna baby blue pula menjadi tema kami. Walaupun sedari awal saya plan untuk memilih emerald green, tapi hati tertarik pula pada baju biru sedondon yang dipasang pada patung di salah satu butik pakaian di Tesco baru-baru ini. Harganya hanyalah RM139 untuk setiap pasang baju.
      Semoga Aidilfiti tahun depan dan tahun-tahun seterusnya kami kekal ceria bersama. Tautan kasih sayang kami sekeluarga moga sentiasa utuh sampai hayat di kandung badan. Sesungguhnya ibu bapa saya pandai mengajar kami adik beradik agar sentiasa bersatu dalam apa sajer keadaan. Bukan sedikit cubaan dan badai yang melanda kami, tapi berkat eratnya ikatan keluarga, semuanya berjaya di atasi dan kami kekal atas paksi 'Keluarga Pokya Hepi Sokmo'. Ya Allah..! berkatilah keluarga kami, kurniakanlah zuriat dan keturunan yang terbaik buat kami dan murahkanlah rezki untuk setiap ahli keluarga kami.Ameen...!

Read more: http://www.adibsite.com/2014/11/pasang-facebook-comments-responsive.html#ixzz3Pd3lfqkd

No comments:

Post a Comment