Selain bekerja dipejabat saya gagahkan dan beranikan diri menceburi bisnes online (Dropship). Inilah topik yang saya mahu ceritakan. Satu hari nanti, bila tua-tua (Kalau umur panjang) mungkin saya dapat mengingat kembali perkara yang seronok yang saya lakukan dan Ini salah satunya...!
Saya agak pemalu orangnya dan lebih suka low profile dalam segenap segi. Ini sifat semulajadi dan tak dapat saya ubah walaupun saya cuba. Jadi bisnes sebegini amatlah sesuai dengan jiwa saya. Tak perlu bertemu customer..tak perlu ayat memujuk bagai..takde perasaan kecewa jika ditolak...dan yang paling penting...tak perlu modal walau sesen..!
Keuntungannya memang lumayan..Untuk masa sekarang setiap hari duit yang masuk adalah lebih dari gaji saya bekerja 8 jam dipejabat. Saya bukanlah seorang yang gila duit..jauh sekali untuk menjadi kaya..tapi lebih kepada mencuba sesuatu benda baru yang takde kerugian ape-ape dipihak saya. Wassap, Wechat, FB saya manfaatkan menjadi wang bukan sekadar bersahabat semata.
Langkah pertama saya bermula dengan mencari supplier/pemborong untuk handbag, kasut, jubah pakaian dan barangan kecantikan. Saya mendapat harga yang sangat rendah untuk saya jual.Selepas pastikan tiadanya unsur-unsur penipuan (Sebab mereka juga mempunyai sekelompok group whatssap dan saya adalah salah seorang daripada mereka) saya meminta mereka menghantar gambar produk berserta harga sebagai ejen.(harga yang lebih rendah)
Setelah mendapat gambar-gambar produk berserta harganya, saya mencari ejen-ejen dibawah saya. Sehingga sekarang saya mempunyai 8 ejen yang aktif di whatssap/WeChat . Saya meletakkan harga seminima mungkin untuk memberi peluang kepada mereka-mereka untuk berniaga. Contohnya untuk QU PUTEH (gambar dibawah) yang femes sekarang ni,diasaskan oleh Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida) harga dipasaran sekarang adalah RM250, tapi saya diberi harga yang rendah oleh supplier saya jadi harga yang saya letakkan untuk group saya hanya RM205 termasuk postage. Bayangkan mereka dapat keuntungan sebanyak RM45 untuk produk ni.Sejuk-sejuk jer masuk poket.
Untuk melihat-lihat lain-lain produk bolehla menghubungi saya di 0148103803.....(Whatsapp/telegram). Ada lebih dari 600 produk (bergantung pada stok barangan) yang saya ada..
Yang berminat menjadi ejen Dropship juga dipersilakan. Saya addkan anda dibawah satu bumbung agar senang untuk berkongsi niaga. Dipersilakan...saya ada di 0148103803 (Whatsapp/telegram).
Inilah QU PUTEH: Harga dipasaran adalah RM250, tapi untuk ejen dropship kendalian saya, saya letakkan harga cuma RM205 termasuk postage |
Sebahagian barangan yang mendapat sambutan yang menggalakkan. Tak sampai sejam saya promote di FB saya menerima 2 order dari cust. untuk tudung Instant Shawl Marion. |
Ini pula Blouse New Clara yang saya postkan di FB ~ 3 order untuk blouse ini dalam masa tak sampai sejam dipostkan..Syukur.. |
Ini salah satu jubah yang mendapat banyak respon dari cust. |
Saya mendapat baju yang cantik ini dari Supplier berasal dari Indonesia. Sangat cantik dan murah harganya berbanding dipasaran. Sesuai untuk majlis kawin.. |
Saya window shopping sambil berbisnes. Sambil mencuci mata dan poket di supermarket, duit saya dalam bank saya bertambah. Alhamdulillah..
Saya sentiasa mohon pertolongan dan petunjuk dari Yang Maha Esa. Saya selalu berkata dalam hati "kenapa saya rasa saya berhak mendapat kerja dan gaji yang bagus selayaknya sebagai orang berijazah dan hampir 13 tahun pengalaman kerja tapi takde peluang kerja yang bagus utk saya walau bermacam interview saya hadiri?". Persaingan disini (Penang) sengit..Saya akui...Bukan mudah berlumba dicelah-celah bangsa Tionghua yang rata-rata paling kurang memiliki dan mahir 3 bahasa (mandarin/hokien/Bahasa Melayu dan English).
Kerja saya tak layak dipanggil sangat bagus, secukup rase jer...tapi Alhamdulillah..ini jalan yang dilorongkan ALLAH untuk saya. berbisnes dan dalam masa yang sama bekerja secara full time dipejabat. Walaupu sedikit kepenatan melayani customer dan supplier yang sentiasa mengupdated barangan terkini, tapi saya merasa sangat puas. Puas kerana dapat memajukan dan mengukur potensi diri. Jika sebelum ini, pulang dari pejabat saya rajin membakar kek, atau mengukus puding, atau menyediakan waffle, tapi sekarang En. Somi terpaksa bersabar kejap, sebab saya sibuk melayani handbag, jubah, kasut dsbnya.HUHUHU...
Baju ala Siti, saya jual hanya RM80 sahaja termasuk postage. |
Handbag Dior Grade AAA. 3 beg dalam satu harga. Hanya RM135 shaja termasuk postage |
Jubah Sakura: Pelbagai warna dan secantik nama. Bunga-bunga sakura dijahit tabur diatas dress. Harganya hanya RM110 termasuk postage |
Handbag jenama Jimmy Choo , Grade AAA (80-90% original- Tak sama yang di pasar malam / tak de grade. Harganya hanya RM130 untuk 2 beg |
Jenama Dkny Gred AAA Perfume gred AAAAA Beg sahaja RM120 Set RM140 |
Harga yang sama spt diatas untuk jenama DKNY, tapi berbeza bentuk dan warna shj. |
Cadar Patchwork: Untuk yang malas kemas katil, cantik terletak sentiasa. Harga RM135 termasuk postage |
Lagi cadar Patchwork..pelbagai lagi corak yang menarik utk yang berminat |
DROPSHIP TU APE?
Dropship sebenarnya salah satu cabang perniagaan internet cara mudah dan simple.
1) Tanpa modal
2) Tak payah pos barang- Semua supplier yang uruskan mengikut alamat lengkap cust. kite yang kite berikan kepada suplier
3) Harga bergantung kepada diri sendiri nak letakkan berapa
4) Tak payah jumpa customer
5) Tak perlu simpan stok barangan
6) Untung atas angin
7) Ada internet- FB, Wassap, WeChat dah boleh buat kerje.
KAEDAH DROPSHIP
Dropship adalah memerlukan anda mempromote barang tersebut dilaman sosial,laman-
laman pengiklanan dan sebagainya. Sesuatu yang menarik, anda tidak perlu beli stok
ataupun menyimpan stok. Anda hanya perlu ambil gambar produk tersebut, iklankan. Bila
anda dapat tempahan, anda hanya perlu hubungi supplier produk tersebut dan supplier itu
sendiri yang akan menghantarkan untuk anda. Sebut pula pasal harga, anda jual produk
tersebut dengan harga pasaran dan anda bayar supplier tersebut dengan harga agent.
Menarik bukan?
laman pengiklanan dan sebagainya. Sesuatu yang menarik, anda tidak perlu beli stok
ataupun menyimpan stok. Anda hanya perlu ambil gambar produk tersebut, iklankan. Bila
anda dapat tempahan, anda hanya perlu hubungi supplier produk tersebut dan supplier itu
sendiri yang akan menghantarkan untuk anda. Sebut pula pasal harga, anda jual produk
tersebut dengan harga pasaran dan anda bayar supplier tersebut dengan harga agent.
Menarik bukan?
Read more: http://www.adibsite.com/2014/11/pasang-facebook-comments-responsive.html#ixzz3Pd3lfqkd