Tuesday, 17 November 2015

Kek Coklat

Bahan a:
3/4 cwn gula
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu cair
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak
Campur semua bahan dan masak atas api sampai larut. Tak perlu sampai mendidih. Ketepikan.

Bahan b:
3/4 cwn tpg gandum
1 sdk baking powder
1 sdk soda bikarbonat
Campurkan semua bahan b.

Bahan c:
4 biji telur di pukul sikit dgn garfu.

Cara2:
Campukan bahan c ke dlm bahan a. Pukul hingga sebati. Kemudian masukkan bahan b sikit2 pukul lagi. Masukkan ke dlm acuan yg disapu butter & d lapik kertas minyak. Kukus selama 1 - 1 1/2 jam@hingga masak.

Bahan utk ganache:
Serbuk koko
Susu segar/susu cair
Susu pekat
Marjerin

Cara
Campur semua .masak cara double boiler.
Sukatan main agak2 je.
Read more: http://www.adibsite.com/2014/11/pasang-facebook-comments-responsive.html#ixzz3Pd3lfqkd

Friday, 6 November 2015

10/10/2015

Dah lama benar rasenya tak menulis apa-apa citer di sini.Walaupun hati sangat rindu utk menulis, terpaksa saya pendamkan. Kesibukan dengan kerja-kerja office yang tak pernah abis, ditambah plk dengan bisnes Dropship yang saya ceburi, memang tak menang tangan jadinya.Dalam masa yang sama urusan rumahtangga seperti mengemas rumah, masak memasak memang tak boleh nak diabaikan.
    Nasib baiklah En. Somi oarangnya suka menolong...segala urusan kain baju dia yang setelkan dari mencuci, menyidai dan menguruskan barang-barang keperluan anak teruna saya yang tinggal diasrama.Saya perlu berterima kasih pada beliau..
Untuk urusan masak-memasak plk, disebabkan saya bekerja sepenuh masa, mak mertua akan masak dan apabila pulang petangnya kami tinggal makan sahaja.
     Cuma hujung minggu bila En somi dan anak-anak teringin nak makan yang spesel2, barulah saya bersingsing lengan dan kain turun kedapur.Huhuhu..
      Kali ini saya menyediakan cup cake dalam keadaan jiwa yang tak tenang!! Banyak perkara yang berlaku dipejabat skrg ni dan tak mau melayani sgt perasaan resah tu saya berlapang diri ke dapur.
Segala bahan mentah telahpun tersedia..sebab setiap masa memang saya akan memastikan bahan asas spt tepung gandum, mentega, telur, esen vanila dsb tak kehabisan.
      Disebabkan jiwa yang bercelaru, saya namakan cup cake ini 'CUP CAKE STRESS TAPI SEDAP'
Boleh gitu? sabo jerlah..Janji saya bahagia..hohohoho

Cup cake gebu dan come saya


CUP CAKE STRESS TAPI SEDAP
Bahan-Bahan
2 1/2 cawan tepung gandum)
3/4 cawan butter (170gm) - suhu bilik
1 cawan gula kaster
3 sudu kecil vanilla 
4 biji telur 
1/2 sudu kecil garam
2 1/2 sudu kecil baking powder
1 1/4 cawan susu segar

cara:
1) Benda senang, ayak dulu bahan yang penting. Ayak tepung, garam, serbuk penaik . lepas ni nak campur adunan senang sebab bab ayak dah settle ! Supaya tak la berketul2. Texture cupcake kita akan rata je.

2) pukul mentega dan gula hingga kembang.msukkn telur sbiji2..pukul lg sapa kembang..

3) masukkn esen vanila, susu ngn tpung yg diayak tdi skit demi sdikit..

4) kaca sapa sebati..bakar api atas bwah.suhu lbh kure 160-170..bgntng pde oven. 

tu resepi asas..klu nk cup cake coklat blh boh serbuk koko.. boh jem dale tu pun sedap..




Semua dah beratur untuk di ngaap..!!

Anak-anak sukakan perisa Vanila

Read more: http://www.adibsite.com/2014/11/pasang-facebook-comments-responsive.html#ixzz3Pd3lfqkd

Friday, 24 July 2015

Kelebihan Surah Al Insyirah ~ Satu amalan yang tak harus di tinggalkan


Kelebihan Surah Al Insyirah - Sewaktu membeli supplement untuk minda (otak), si penjual yang juga merupakan kawan saya ada memesan supaya membaca surah al Insyirah sebelum menelan pil/kapsul minda tersebut. Saya yang jarang menggunakan surah al Insyirah dalam kehidupan harian agak tertanya-tanya apakah rahsia dan kelebihan surah al Insyirah dan kaitannya dengan makanan untuk otak tersebut?

Sesampai di rumah, saya terus meendapatkan tafsir al Quran dan mencari rahsia dan makna di sebalik surah al Insyirah tersebut.



Surah al Insyirah 







Bacaan dalam rumi:

‘Alam Nashraḥ Laka Ṣadrak, Wa Wada‘nâ ‘Anka Wiz-Rak, ‘Allazii ‘Anqada Ẕahrak,  Wa Rafa‘-Nâlakaẓikrak, Fa-‘Inna Ma-‘Al-‘Usri Yusrâ, ‘Inna Ma-‘Al ‘Usri Yus-Râ  Fa ‘Izâ Faraġta Fanṣab  Wa ‘ilâ Rabbika Farġab


Maksudnya:


Dengan nama Allah yang maha pengasih dan penyayang.

Terjemahan Surah Al-Insyirah.


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

1) Bukankah kami telah melapangkan bagimu, Dadamu (wahai Muhammad dengan mengisi petunjuk dan hidayah)


2) dan Kami telah meringankan daripadamu : Bebanmu (menyiarkan Islam)


3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan pelbagai kemudahan dalam melaksanakannya)


4) dan Kami telah meninggikan bagimu : sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)


5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan


6) Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan


7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh) maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain)


8) dan kepada Tuhanmu saja tempat engkau memohon. (apa yang engkau gemar dan ingini)


Keterangan Surah al Insyirah


Erti terbuka dada Muhammad ialah senang hatinya, dan tenteran jiwanya, kerana telah memperoleh ilmu pengetahuan (wahyu) yang dianugerahkan Allah  kepadanya. Sebetulnya nama nabi Muhammad itu telah ditinggikan Allah, iaitu namanya mahsyur di mana-mana. Tiap-tiap azan terdengar nama Muhammad. Di mana-mana pun di seluruh dunia mengenali Nabi Muhammad.
Orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari yang kemudian, jika ditimpa musibah, ia teringat akan firman Allah ini, iaitu, "Di samping kesusahan ada kesenangan, di samping kesempitan ada kelapangan. Sesudah bala menggoda, di belakangnya nikmat berlipat ganda. Sebab itu ia tidak berduka cita atau berkeluh kesah atas cubaan dari Allah itu. Kerana ia mempunyai kepercayaan, bahawa Allah akan mengganti kesusahan itu dengan kesenangan, jika tidak hari ini mungkin esok hari. Inilah orang yang berhati sabar, yang tidak berputus asa kerana ditimpa satu cubaan melainkan ia terus berusaha untuk mencapai hajatnya. Adapun orang yang tidak beriman kepada Allah, maka ia sangat berkeluh kesah dan berduka cita kerana ditimpa sesuatu bala, kadang-kadabg ia membinasakan dirinya sendiri. Inilah bahayanya jika tidak beriman kepada Allah.

Dan kepada Allah, berharaplah!


Kelebihan Surah Al Insyirah


1. Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Barangsiapa membaca Surah Al-Insyiraah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku".

2. Barangsiapa membiasakan membaca Surah Al-Insyiraah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya. 


3. Sesiapa yang membaca Surah Al-Insyiraah nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat. 


4. Barangsiapa membaca Surah Al-Insyiraah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan. 


5. Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah jadi wirid pada tiap-tiap lepas sembahyang fardhu, nescaya hilang dukacita nya dan mengurniailah oleh Allah s.w.t. akan rezekinya dengan beberapa banyak. 


6. Siapa-siapa sentiasa banyak membaca Surah Al-Insyiraah nescaya mudah mendapat rezekinya dan luas fikirannya, senang membuat sesuatu pekerjaan dan hilang daripadanya sifat malas. 


7. Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah 7 (tujuh) kali pada tiap-tiap lepas sembahyang, nescaya terlepas daripadanya kesusahan dan mudah oleh Allah s.w.t. akan rezekinya. 


8. Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah 40 (empat puluh) kali pada tiap-tiap lepas sembahyang fardhu selama tujuh hari berturut-turut, nescaya mengurnia Allah s.w.t. kepadanya kekayaan. 



Kelebihan membaca surah al Insyirah ketika susah:

Siapa-siapa susah pada suatu pekerjaan, hendaklah sembahyang dengan cara yang tersebut di bawah ini, nescaya sampai maksudnya, iaitu: 

1. Sembahyang sunat dua rakaat. 


2. Pada tiap-tiap rakaat baca Surah Al-Fatihah dan surah (mana-mana surah) 


3. Lepas sembahyang, duduk menghadap kiblat dengan tetap bersungguh-sungguh ingatlah akan Allah s.w.t., dan baca Surah Al-Insyiraah sebanyak bilangan hurufnya. 


4. Sesudah membaca Surah Al-Insyiraah, pohonkanlah apa-apa yang di hajati daripada Allah s.w.t. 


a) Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah 200 (dua ratus) kali pada tiap-tiap hari ketika matahari naik (waktu dhuha), nescaya memperlihat oleh Allah s.w.t. kepadanya perkara-perkara yang ajaib.
  
b) Siapa-siapa berhajat sesuatu perkara, bacalah Surah Al-Insyiraah 700 (tujuh ratus) kali atau 1000 (seribu) kali pada tiap-tiap hari selama ia mengusahakannya, nescaya beroleh apa-apa yang di hajati. 
  
c) Siapa-siapa menulis Surah Al-Insyiraah pada suatu bekas dan menghapuskannya dengan air mawar kemudian minum, nescaya hilang dukacitanya dan terpelihara daripada terkejut.

Insya Allah, semoga perkongsian ilmu yang sedikit di atas dapat memberikan 1001 manfaat dan kebaikan kepada kita semua.




Read more: http://www.adibsite.com/2014/11/pasang-facebook-comments-responsive.html#ixzz3Pd3lfqkd

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2015 ~ Sedondon berbaby Blue

Salam Aidilfitri untuk yang sudi menjengah blog saya.Masih tak terlambat untuk kami sekelurga mengucapkan selamat hari raya aidilfitri mohon maaf zahir batin jika terdapat sebarang kata-kata yang mengguris hati sepanjang hampir setahun saya berblogging.

Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin untuk semua.

Sedondon berbaby blue..Berfoto kenangan bersama ibu dan ayah saya

  Syawal kali ini jatuh pada 17 Julai dan kami menyambutnya di tanah kelahiran saya, Kampung Tok Dir, Selising Pasir Puteh Kelantan. seawal 3 ari sebelum raya kami sekelurga selamat tiba ke kampung halaman. Adik-beradik saya yang seramai 7 orang bersama pasangan masing-masing juga berhari raya bersama. Alhamdulillah..setelah lama tak bersua , akhirnya dapatlah bersama..usik mengusik, gelak tawa memenuhi setiap ruang rumah pusaka keluarga.
   Seronok melihat balang-balang biskut raya tersusun rapi di bahagian dapur. Masing-masing menunjukkan bakat bercookies. Adik ipar saya menyediakan biskut tart nenas, jejari oat dan biskut nestum sementara adik perempuan saya menyediakan biskut untaian kasih, biskut dahlia, cornflakes madu dan beberapa jenis biskut raya yang ditempah spt jejari oat, biskut coklat dan banyak lagi.
Saya pula hanya setia dengan 4 jenis biskut, jejari oat, samperit susu, biskut oat kelapa dan biskut arab. Bayangkan apabila biskut2 ini bersatu, memang penuh mejalah jawabnya.


Biskut Oat kelapa hasil air tangan saya

Biskut Jejari oat- Biskut yang paling laku 

Biskut Arab

Biskut semperit susu

Biskut arab

    Menu raya saya lebih banyak kali ni.Ketupat palas dan tapai pulut hasil air tangan ibu saya, rendang ayam, gulai daging, nasi himpit yang dimakan bersama kuah kacang hasil masakan saya menjadikan kami kekenyangan. Ade pula nasi dagang lauk ikan aya dan gulai serati yang di hantar oleh sanak saudara saya menjadikan raye kali ni berat badan saya confirm bertambah.Huhuhu..
    Malam raye seperti biase laman rumah dipenuhi kanak-kanak yang datang untuk bermain  mercun dan bunga api.Pelita-pelita raya yang dipasang memenuhi laman rumah pusaka keluarga menjadikan suasana lebih hidup dan meriah. Tahun ini saya mensponsor lampu lup lip- lup lip agar rumah kami lebih berseri. Dalam sibuk memasak rendang dan gulai daging sempat juga saya menjengah laman rumah melihat kanak-kanak riang bermain bunga api..suasana yang jarang kita lihat pada hari biasa.

Rumah keluarga menjadi tempat utk kanak-kanak berkumpul pada malam raya. Photo ini disnap oleh adik saya 4 ari sebelum raya sebaik saja lampu lup lip yang saya sponsor selamat tergantung
 
      Selepas solat Aidilfitri, rumah kami mula dikunjungi sanak saudara dan rakan taulan. Petangnya sanak saudara dari Kota Bahru pula datang berkunjung. Sejak nenek dan datuk saya meninggal dunia memang sangat jarang kami menjengah sanak saudara sebelah sane.Rindu tu memang ade sebab kami sekeluarga pernah tinggal disana selama hampir 5 tahun sebelum pindah ke Gua Musang dan kembali menetap di Kg Selising ini. Tapi apakan daya, kekadang masa yang terhad dan masa yang kadang-kadang tak mencukupi pun bersama keluarga sendiri menjadikan ianya bukanlah satu bebanan yang berat.
     Jika pada tahun lepas kami 4 beranak sedondon berbaju hijau lumut tahun ni warna baby blue pula menjadi tema kami. Walaupun sedari awal saya plan untuk memilih emerald green, tapi hati tertarik pula pada baju biru sedondon yang dipasang pada patung di salah satu butik pakaian di Tesco baru-baru ini. Harganya hanyalah RM139 untuk setiap pasang baju.
      Semoga Aidilfiti tahun depan dan tahun-tahun seterusnya kami kekal ceria bersama. Tautan kasih sayang kami sekeluarga moga sentiasa utuh sampai hayat di kandung badan. Sesungguhnya ibu bapa saya pandai mengajar kami adik beradik agar sentiasa bersatu dalam apa sajer keadaan. Bukan sedikit cubaan dan badai yang melanda kami, tapi berkat eratnya ikatan keluarga, semuanya berjaya di atasi dan kami kekal atas paksi 'Keluarga Pokya Hepi Sokmo'. Ya Allah..! berkatilah keluarga kami, kurniakanlah zuriat dan keturunan yang terbaik buat kami dan murahkanlah rezki untuk setiap ahli keluarga kami.Ameen...!

Read more: http://www.adibsite.com/2014/11/pasang-facebook-comments-responsive.html#ixzz3Pd3lfqkd

Wednesday, 1 July 2015

Resepi Kuih Nekbat~ Jadi pilihan warga Kelantan di Bulan Ramadhan

Di bulan-bulan puasa memang kuih Nekbat jadi pilihan keluarga saya sejak turun temurun lagi. Tak mustahillah biarpun kami adik beradik nun jauh berada di Pulau Mutiara, ayah tak lupe menghantar kuih nekbat (kering) untuk kami semua. Tima kasih untuk ayah dan mek..
     Bulan ramadhan memang banyak membangkitkan ingatan saya pada kampung halaman. Banyak kuih muih yang saya suka makan di bulan ramadhan tak nampak hatta bayangnya disini contoh macam jala mas, bunga tanjong, puding tembikai dan banyak lagi. Kuih akok walaupun ade dijual di sini tapi sudah pastinya rase tak sehebat akok Pasir Mas yang dibakar menggunakan sabut kelapa. Sangat lemak dan harum baunye.
       Jika berkesempatan balik berbuka di Kelantan saya sering meminta ayah membeli kuih akok Pasir Mas yang special ni. Begitu juga dengan air nira atau kami panggil air tuak memang sinonim dengan masyarakat Kelantan apabila tibanya bulan Ramadhan, pun takde langsung kelibat bayangnya disini.
Air tuak yang berwarna putih keroh telah menjadi air kegemaran En. Somi dan jika pulang berbuka puasa di Kelantan, sempat juga kami singgah beli air tuak yang dijual disepanjang jalan menuju ke Kampung saya.
            Berbalik kepada Nekbat tadi, disebabkan penyediaannya amat mudah, jika pulang lambat dan tak sempat menyediakan kuih untuk berbuka puasa, saya  menjadikan kuih nekbat ini sbg alternatif.

Kuih yang menjadi pilihan orang Kelantan apabila tibanya bulan Ramadhan
Kuih nekbat yang siap dimasak dengan syrup gula

Sangat gemilang warnanya..


Bahan-Bahan:-
7 biji Nekbat kering
Gula pasir - Kena lebih sebab kuih ni mesti kena manis
daun pandan
bunga cengkih
pewarna oren
4 cawan air

Masak air diatas dapur.Masukkn gula, bunga cengkih daun pandan dan pewarna oren.
Bila air gula dah mendidih, masukkn nekbat kering. jangan dikacau dikhuatiri kuih tu boleh hancur.tutup api dan angkat.


Bentuk kejadiannya sangat elok. Berada plk dlm pinggan klasik begini..Memang serasi.

Bentuk kuih nekbat kering (Yang belum dimasak dengan syrup gula)



   
Yang ni pulak resepi untuk membuat kuih nekbat kering:-

Bahan-bahannya:

1kg tepung beras
12   biji telur ayam
500g gula
5 helai daun pandan

Cara menyediakannya:

·  Tepung beras di sanggai dengan api sederhana sehingga kering. Biarkan ianya sejuk. Telur dipukul hingga kembang dan berbuih.
·  Panaskan acuan dan sapu acuan dengan minyak kemudian taburkan sedikit tepung didalam adunan telur sedikit demi sedikit.
·  Tuang adunan tepung ke dalam acuan dan bakar hingga kuning.
·  Untuk siranya, masukkan 2 gelas air dan 10 sudu besar gula ke dalam periuk. Bila air gula sudah mendidih, masukkan nekbat yang telah siap dibakar.




Read more: http://www.adibsite.com/2014/11/pasang-facebook-comments-responsive.html#ixzz3Pd3lfqkd

Wednesday, 24 June 2015

Percutian ke Cameron Highlands sempena cuti sekolah ~ Secara Bidan terjun

   

      Kesibukan tak menghalang saya meluangkan masa sempena cuti sekolah bersama anak-anak. Perancangan memang dibuat secara bidan terjun..Mulanya tak berhasrat untuk bermalam di Cameron pun..cukup sekadar bersantai minum tea bersama scone atau cheese cakenye yang lazat dan paling utama boleh membeli belah di Pasar Malam Brinchang. Itu jer planning kami memandangkan kami langsung tak membuat tempahan hotel dan paham-pahamlah hotel disana memang dah full booking kalau dah masuk musim cuti sekolah . Pun begitu saya berkemas kain baju siap-siap kot-kot masih ade hotel utk menginap malamnye.Lebih kurang jam 8.00 pagi kami bertolak menuju ke Cameron Highlands dan setelah menempuh kesesakan jalan raya, lebih kurang jam 2 kami selamat sampai ke Cameron.
       Setelah bertelefon kesana-sini akhirnya kami memilih Hotel Brichang sebagai tempat bermalam dengan kadar bayaran RM210 untuk satu malam. Memang mahal dan tak berbaloipun..tapi dah takde pilihan..grab sajerlah. Ade 2 katil bersize king, satu almari baju, meja solek dan satu TV bersize 16". Bila mandi plk airnye sesejuk ais..menggeletar badan..kaku segala jari jemari sebab heaternyer tk berfungsi sgt.Huhuhu..
2 Katil bersize king 

En. Somi bersama anak terunanya

Seperti biasa malam harinya saya suka bersantai di tingkap memerhatikan orang lalu lalang

Mama dan anak gadisnya berposing sebelum meninggalkan bilik hotel


Huh..Harga Rm210 tak berbaloi..Airnya sesejuk ais..Water heaternye rosak

        Selepas memunggah segala barang ke hotel, kami singgah makan tengahari dan seterusnya ke Mardi. Datang ke Cameron tak sahlah kalu tak singgah kesini...Tapi sayangnya kali ini disini tak sempurna mana. Banyak pokok-pokok bunga dan sayur-sayurannya nampak kering dan tak terjaga.Malah pokok bunganya banyak yang menyembah bumi.
Saya dan bunga yang condong ketanah..huhuuhu

Di Taman Mardi. Pokok kekwanya banyak yang menyembah bumi

Berfoto dlu di Pejabat Mardi

Menemankan anak-anak makan puding dan aiskrim strawberi di Taman Mardi

       Setelah menemankan anak-anak makan puding dan aiskrim strawberi kami terus berjalan keluar untuk balik ke bilik hotel sebab malamnya ingat nk menghabiskan masa pusing-pusing..shopping-shopping (bab yang En. Somi tak berkenan mane..tapi saya suke..heh..heh).
       Pasar malamnya dah berpindah dari tapak asal.Kalau sebelumnya lokasinya berhadapan Star Regency Hotel, tapi sekarang bagi memberi peluang kepada beberapa bangunan yang baru siap mereka mengalihkan ke satu kawasan yang lebih jauh sikit menghala keatas. Seperti biasa, dimana sajer Pasar Malamnya berada kesesakan meang tak dapat nak elakkan.

Suasana pasar malam yang sempat kami snap gambarnya. Air kelapa Laut yang anak saya suka ni dah naik harga..selalu RM2 sekarang dah jadi RM3 dah..gara-gara GST kot..

Kuih seperti apam balik tapi bersize kecik dan filingnye macam-macam. Boleh pilih samada nak strawberi, blueberry, kaya, kelapa dsbnya.

        Perancangan utama kami kesini adalah untuk melawat Ladang Tea Sg. Palas, tapi sayang seribu kali sayang kali ni kami hampa. Jalan untuk naik keatas ditutup. Ingat bolehla bersantai-santai sambil minum tea kat sane cam Aaron Aziz ngn Lisa Suriani dalam babak citer Ombak Rindu tu.Ngeh..ngeh..ngeh.
        Untuk menghilangkan terkilannya hati, kami cuma singgah ke Ladang Tea Bhaarat  dan menikmati segarnya tea boh di ruangan atas. Di bahagian atas, suasananya lebih nyaman dan tak sesesak seperti di bawah.
Singgah sebentar ke Cactus Valley berhampiran dengan S-Corner.

Anak-anak berposing dengan papan tanda Cactus Valley

Saya begitu tertarik dengan bunga Orkid hiasan ini..Tapi harganyer buat saye jadi confirm tak beli..RM200 lebih sepasu...huhuhu

Macam biase En. Somi dengan muke tak puas hati sebab kena paksa bergambar..ngeh..ngeh..ngeh


Keratan rentas sarang lebah (Original ni dan telah di awet) begitu menarik perhatian saya. (Di Pusat ternakan lebah)
     
       
Menikmati minum petang di Ladang tea Boh Bhaarat. Di Bulan posa nih, air liur saye meleleh melihat kegebusan kek pandan, cheese cake with Oreo dan coklat cake..

Satu set Scone bersama pure strawbery jem dan cream. Scone disini sgt lazat dan lembut, tak pecah berderai spt yang selalu kami makan. Memang terbaeklah..!!

Berlatar belakang kebun tea didalam suasana petang yang nyaman..sungguh serasi bersama tea tarik panas..Huh..! Lentok abess..!!

Suasana begini memang kami rindui..Setelah penat seharian bekerja dan berbisnes dalam masa yang sama, saya merindui saat-saat begini.Releks..

Tenang dan gembira..Semoga kami sentiasa berkesempatan menikmati masa-masa indah begini.Ameen..

    Read more: http://www.adibsite.com/2014/11/pasang-facebook-comments-responsive.html#ixzz3Pd3lfqkd

Saturday, 23 May 2015

Trip Hatyai-Krabi yang menggamit memori daun pisang ~ Kunjungan pertama di Bumi Thailand

Pasar Terapung Hatyai yang menggamit memori daun pisang...Huwaaa..!



Salam untuk sume yang sudi singgah di SINI...Dah beberapa hari masa cuti saya tamat tapi baru hari ni sempat bercerita..Kali ini saya bercerita tentang Percutian family Trip Hatyai-Krabi pada 15 Mac lepas.
        Perjalanan kami bermula dengan  menaiki keretapi dari Butterworth, berlepas sekitar jam 5.30 pagi menuju ke Hatyai yang mengambil masa lebih kurang 5 jam lebih termasuk urusan pengecopan passport di kaunter Imigresen Padang Besar,Perlis. Disini kami transit agak lama iaitu lebih kurang 2 jam sebelum meneruskan perjalanan memasuki Thailand.

Sempat berposing di Stesen Keretapi Butterworth sebelum menaiki keretapi jam 5.30 pagi

Saya dan En. Somi didalam gerabak keretapi. Suasana kat luar masih gelap

        Hati begitu teruja melihat kiri kanan pemandangan yang menarik. Tak banyak bezanya ngan Tanah Tumpah darah kita, cuma ketara bezanya dari segi plet kereta/motor..Tulisan dari bahasa Thai mendominasi mane2 premis perniagaan. Dari segi lanskapnye pula saya nampak kebun-kebun getah disana sangat bersih dan tersusun cantik berbanding kebun-kebun getah disini. Ketika saya kesana musim meluruh untuk pokok getah baru bermula...kelihatan daun-daun getah berwarna jingga bercampur sedikit hijau memukau pandangan. Sangat cantik pada pandangan mata saya.
         Saya juga merasakan ada sedikit perbezaan daun buluh disini dimana daunnya berbentuk lebih besar agak saya sekitar 5-6cm berbanding ditempat kite yang daunnya lebih kecik. Pokok-pokok buluh kelihatan dimana-mana sepanjang jalan menjadikan saya cepat terperasan akan perbezaan tersebut.
          Tak sampai satu jam kemudian keretapi kami selamat tiba di Stesen keretapi Hatyai. Mulanya saya merasakan takde ape yang special dan istimewa pun disini kerana pada pandangan saya bandar Hatyai sekitar stesen itu seakan-akan pekan saja...pekan cowboy.. Dalam hati sediit cuak dan tertanya-tanya gak, 'berbaloikah perabiskan duit bercuti disini?' Waduuh..duuh..!
         Sebaik kaki turun dari landasan ade beberapa pemandu teksi yang bertanyakan arah tuju kami.Masing-masing bercakap dalam bahasa English pelat Thai.Kiranya takde masalah untuk nak pahamlah. Setelah berkira-kira harga, kami membayar lebih kurang 30Baht (lebih kurang RM3 duit Malaysia ) untuk satu kepala. Bersesaklah kami semua dalam Tut-Tut yang seakan lori kecik itu..dengan beg-beg masing-masing yang besar gedebak.Aduhai...

Team kami bersesak didalam Tut Tut yang seakan van bersize kecik

          Melihat Hotel PB Grand Hotel yang sangat indah hati merasa sangat lega. Kami booking melalui AGODA sebulan dari tarikh percutian kami. Dengan harga lebih kurang RM85 untuk satu bilik, memang ianya berbaloi. Warna jingga dan warna merah terang melatari disegenap ruang Hotel. Saya tertarik dengan hamparan rumput karpet tiruan yang menyusuri ruang jalan menuju ke dalam hotel, seakan mengalu-alukan kedatangan kami disini.
Dihadapan pintu masuk PB Grand Hotel yang bertemakan jingga dan merah 

Berhadapan kaunter hotel

Saya dan anak teruna berposing sebelum menuju ke Pasar Terapung

Ayahanda & Bonda sempat merakam gambar walaupun bapak saya agak susah diajak berfoto


Bergaya di salah satu sudut Hotel PB Grand Hotel

Sebelum bergarak menaiki Tut Tut Kepasar Terapung. Sistem pendawaian elektrik mereka kalah dibandingkan dengan temapat kita..Huhuuhu
        Setelah melepaskan penat seketika di kamar hotel, mandi manda dan bertukar pakaian kami semua bergerak keluar, menahan tut-tut yang harganya 20baht utk satu kepala menuju ke Pasar Terapung yang terkenal itu. Kira-kira 10 minit perjalanan kami tiba disana. Sepanjang jalan menuju ke Pasar Terapung kiri kanan di penuhi peniaga baju, kasut, makanan tradisi Thai dan makanan excotic juga..!!
Ade ulat, belalang, cengkerik dan macam-macam serangga digoreng bersama daun kari..Huhuhu..
Ulat, Belalang dan macam-macam serangga digoreng dengan daun kari dijual digerai-gerai menuju ke Pasar Terapung
      Sampai di pasar Terapung , dalam cuaca panas jam 3 ptg, perkara pertama yang kami terkam ialah air minuman. Air kelapa dan macam -macam jenis minuman dijual denagn harga 30baht dan yang uniknya ianya dijual didalam bekas pasu yang diperbuat dari tanah liat berukir corak karton Spiderman, Hello Kitty dan macam-macam karektor lagi.Ade juga yang diisi didalam buluh..Lepas minum boleh pula dibawa balik buat souvenier..

Membeli makanan dipasar terapung.Makanan dan duit dihulur dengan satu galah dan dihujungnya digantung satu bekas untuk menisi makanan dan duit.

         Saya mencuba nasik Komok (Seakan nasi beriani dimakan bersama ayam goreng berempah) dan pelbagai lagi makanan Thai yang pelik-pelik dan dihias cantik. Tempat makan yang diperbuat 100% drp buluh dari tiang membawa kemeja dan kerusi juga beratapkan rembia mengingatkan saya akan cerita melayu klasik yang sering ditonton dalam tv. Saya sukeee...
           Keesokan harinya  kami menyewa satu van besar untuk ke Krabi.Perjalanan mengambil masa selama lebih kurang 4 jam lebih. Lebih kurang jam 2ptg kami selamat tiba di Auong Nang, Krabi. Aung Nang adalah bandar pesisir pantai. Tempat ini nampak sunyi pada siangnya , tapi bertukar meriah dimalam hari. Bar-bar, restoren dan cafe-cafe memenuhi ruang disepanjang jalan rapat ke tepi pantai.

Didalam van yang besar boleh muat 12 penumpang menuju ke Krabi

         Kami menyewa hotel  Flora Pranang House dengan kadar bayaran Rm125 untuk satu bilik. Bilik saya menghadap pemandangan bukit bukau yang menghijau.Tenang bila berbaring dikatil dan mata dilepaskan ke arah gunung ganang..Huhuhu..Sementara itu bilik mak ayah saya pula menghadap kearah kesibukan jalan raya. Jadi malam harinya kami mengambil peluang melepak dan bersembang dibalkoni sambil menikmati suasana malam dari bilik hotel.
Berhadapan Hotel Pranang Flora House semasa di Krabi
Berhadapan kaunter Pranang Flora House

         Disetiap bilik dilengkapi dengan 2 katil single, TV, dan peti sejuk bersaiz kecik. Ade pula bath tab didalam bilik mandi.Jadi puaslah saya berendam dalam buih sabun laksana citer Mat Salleh tu..kikiki.
Makan pagi di Bilik Hotel  berlatar belakangkan gunung ganang dan pemandanangan hijau yang memukau
Berfoto kenangan di bilik Hotel Pranang Flora House

         Sekitar jam 7 lebih kami berlegar mencari makan malam. Banyak kedai-kedai muslim dibina disepanjang jalan Auong Nang. Bayaran? Tak lah mahal sangat...Lebih kurang negara kite jer..Selepas tu kami semua mengambil peluang berjalan sepanjang jalan melihat-melihat disetiap gerai jualan kain baju, souvenier, makanan Thai yang tak pernah dilihat sebelum ni dan macam-macam lagi. Boleh juga menyewa Tut-Tut jika hendak mengambil angin sampai ke tepi laut dengan bayaran 30baht (Lbh kurang RM3 ) utk satu kepala.


Makan malam kami digerai sekitar Auong Nang. 

Tut tut yang boleh disewa dengan kadar 30baht (RM3) untuk bersiar pada malam hari sekitar tepi pantai Auong Nang
Menikmati suasana malam di Auong Nang 

       Kami melayani mata dan poket membeli segala macam souvenier, makanan dan kain baju. Yang menariknya sepanjang jalan ade sekelompok Mat Nyah yang cantik bergaun kembang ala Cinderella dengan sarat berhias hiasan kepala lagak macam pentas Fesyen. Bayaran 100bath (lbh krg RM10) dikenakan kepada setiap pelancong yang ingin berfoto dengan mereka.
         Esoknya bermulalah aktiviti yang sedari awal kami susun dan plan. Kami memilih dan booking untuk pakej menjalankan aktiviti pantai melalui rumah penginapan  kami. Sekitar jam 8.30 pagi ade sebuah bas mini mengutip dan mangambil kami menuju ke tepi pantai dan akan ada satu boat yang akan membawa kami kesetiap pulau. (Mengikut pakej yang kami pilih)


     
Berkumpul beramai-ramai untuk menaiki boat menuju ketengah pulau. Acara mencatit nama setiap ahli kumpulan.

Ready nak menaiki boat menjelajah Pulau-pulau


Masing-masing tengah teruja 

Dalam boat .Masing -masing teruja tgok kejernihan air lautnya


Pemandangan ditengah-tengah laut

       
Bapa saya dan cucu comeinye bergambar kenangan semasa tiba disalah satu Pulau-Chicken Island

Tup Island- Pulau pertama yang kami singgah.


Jernihnya air..Hijau zamrud warnanya..Kami semua riang berendam..huuhuhu
Berposing lagak macam juruselam profesional  gitu

En Somi dan anak sulong kami  bersnorkeling di air jernih.

Semasa beratur menunggu mangambil makan tengahari ketika singgah di Poda Island

SubhanAllah..sangat cantik..Pertembungan dua gunung dan kehijauan air lautnya membuatkan saya rindu untuk kesana semula

Semasa berada diperut motoboat

~ cerita akan bersambung ke part 2~ Read more: http://www.adibsite.com/2014/11/pasang-facebook-comments-responsive.html#ixzz3Pd3lfqkd