|
Pasar Terapung Hatyai yang menggamit memori daun pisang...Huwaaa..! |
Salam untuk sume yang sudi singgah di SINI...Dah beberapa hari masa cuti saya tamat tapi baru hari ni sempat bercerita..Kali ini saya bercerita tentang Percutian family Trip Hatyai-Krabi pada 15 Mac lepas.
Perjalanan kami bermula dengan menaiki keretapi dari Butterworth, berlepas sekitar jam 5.30 pagi menuju ke Hatyai yang mengambil masa lebih kurang 5 jam lebih termasuk urusan pengecopan passport di kaunter Imigresen Padang Besar,Perlis. Disini kami transit agak lama iaitu lebih kurang 2 jam sebelum meneruskan perjalanan memasuki Thailand.
|
Sempat berposing di Stesen Keretapi Butterworth sebelum menaiki keretapi jam 5.30 pagi |
|
Saya dan En. Somi didalam gerabak keretapi. Suasana kat luar masih gelap |
Hati begitu teruja melihat kiri kanan pemandangan yang menarik. Tak banyak bezanya ngan Tanah Tumpah darah kita, cuma ketara bezanya dari segi plet kereta/motor..Tulisan dari bahasa Thai mendominasi mane2 premis perniagaan. Dari segi lanskapnye pula saya nampak kebun-kebun getah disana sangat bersih dan tersusun cantik berbanding kebun-kebun getah disini. Ketika saya kesana musim meluruh untuk pokok getah baru bermula...kelihatan daun-daun getah berwarna jingga bercampur sedikit hijau memukau pandangan. Sangat cantik pada pandangan mata saya.
Saya juga merasakan ada sedikit perbezaan daun buluh disini dimana daunnya berbentuk lebih besar agak saya sekitar 5-6cm berbanding ditempat kite yang daunnya lebih kecik. Pokok-pokok buluh kelihatan dimana-mana sepanjang jalan menjadikan saya cepat terperasan akan perbezaan tersebut.
Tak sampai satu jam kemudian keretapi kami selamat tiba di Stesen keretapi Hatyai. Mulanya saya merasakan takde ape yang special dan istimewa pun disini kerana pada pandangan saya bandar Hatyai sekitar stesen itu seakan-akan pekan saja...pekan cowboy.. Dalam hati sediit cuak dan tertanya-tanya gak, 'berbaloikah perabiskan duit bercuti disini?' Waduuh..duuh..!
Sebaik kaki turun dari landasan ade beberapa pemandu teksi yang bertanyakan arah tuju kami.Masing-masing bercakap dalam bahasa English pelat Thai.Kiranya takde masalah untuk nak pahamlah. Setelah berkira-kira harga, kami membayar lebih kurang 30Baht (lebih kurang RM3 duit Malaysia ) untuk satu kepala. Bersesaklah kami semua dalam Tut-Tut yang seakan lori kecik itu..dengan beg-beg masing-masing yang besar gedebak.Aduhai...
|
Team kami bersesak didalam Tut Tut yang seakan van bersize kecik |
Melihat Hotel PB Grand Hotel yang sangat indah hati merasa sangat lega. Kami booking melalui AGODA sebulan dari tarikh percutian kami. Dengan harga lebih kurang RM85 untuk satu bilik, memang ianya berbaloi. Warna jingga dan warna merah terang melatari disegenap ruang Hotel. Saya tertarik dengan hamparan rumput karpet tiruan yang menyusuri ruang jalan menuju ke dalam hotel, seakan mengalu-alukan kedatangan kami disini.
|
Dihadapan pintu masuk PB Grand Hotel yang bertemakan jingga dan merah |
|
Berhadapan kaunter hotel |
|
Saya dan anak teruna berposing sebelum menuju ke Pasar Terapung |
|
Ayahanda & Bonda sempat merakam gambar walaupun bapak saya agak susah diajak berfoto |
|
Bergaya di salah satu sudut Hotel PB Grand Hotel |
|
Sebelum bergarak menaiki Tut Tut Kepasar Terapung. Sistem pendawaian elektrik mereka kalah dibandingkan dengan temapat kita..Huhuuhu |
Setelah melepaskan penat seketika di kamar hotel, mandi manda dan bertukar pakaian kami semua bergerak keluar, menahan tut-tut yang harganya 20baht utk satu kepala menuju ke Pasar Terapung yang terkenal itu. Kira-kira 10 minit perjalanan kami tiba disana. Sepanjang jalan menuju ke Pasar Terapung kiri kanan di penuhi peniaga baju, kasut, makanan tradisi Thai dan makanan excotic juga..!!
Ade ulat, belalang, cengkerik dan macam-macam serangga digoreng bersama daun kari..Huhuhu..
|
Ulat, Belalang dan macam-macam serangga digoreng dengan daun kari dijual digerai-gerai menuju ke Pasar Terapung |
Sampai di pasar Terapung , dalam cuaca panas jam 3 ptg, perkara pertama yang kami terkam ialah air minuman. Air kelapa dan macam -macam jenis minuman dijual denagn harga 30baht dan yang uniknya ianya dijual didalam bekas pasu yang diperbuat dari tanah liat berukir corak karton Spiderman, Hello Kitty dan macam-macam karektor lagi.Ade juga yang diisi didalam buluh..Lepas minum boleh pula dibawa balik buat souvenier..
|
Membeli makanan dipasar terapung.Makanan dan duit dihulur dengan satu galah dan dihujungnya digantung satu bekas untuk menisi makanan dan duit. |
Saya mencuba nasik Komok (Seakan nasi beriani dimakan bersama ayam goreng berempah) dan pelbagai lagi makanan Thai yang pelik-pelik dan dihias cantik. Tempat makan yang diperbuat 100% drp buluh dari tiang membawa kemeja dan kerusi juga beratapkan rembia mengingatkan saya akan cerita melayu klasik yang sering ditonton dalam tv. Saya sukeee...
Keesokan harinya kami menyewa satu van besar untuk ke Krabi.Perjalanan mengambil masa selama lebih kurang 4 jam lebih. Lebih kurang jam 2ptg kami selamat tiba di Auong Nang, Krabi. Aung Nang adalah bandar pesisir pantai. Tempat ini nampak sunyi pada siangnya , tapi bertukar meriah dimalam hari. Bar-bar, restoren dan cafe-cafe memenuhi ruang disepanjang jalan rapat ke tepi pantai.
|
Didalam van yang besar boleh muat 12 penumpang menuju ke Krabi |
Kami menyewa hotel Flora Pranang House dengan kadar bayaran Rm125 untuk satu bilik. Bilik saya menghadap pemandangan bukit bukau yang menghijau.Tenang bila berbaring dikatil dan mata dilepaskan ke arah gunung ganang..Huhuhu..Sementara itu bilik mak ayah saya pula menghadap kearah kesibukan jalan raya. Jadi malam harinya kami mengambil peluang melepak dan bersembang dibalkoni sambil menikmati suasana malam dari bilik hotel.
|
Berhadapan Hotel Pranang Flora House semasa di Krabi |
|
Berhadapan kaunter Pranang Flora House |
Disetiap bilik dilengkapi dengan 2 katil single, TV, dan peti sejuk bersaiz kecik. Ade pula bath tab didalam bilik mandi.Jadi puaslah saya berendam dalam buih sabun laksana citer Mat Salleh tu..kikiki.
|
Makan pagi di Bilik Hotel berlatar belakangkan gunung ganang dan pemandanangan hijau yang memukau |
|
Berfoto kenangan di bilik Hotel Pranang Flora House |
Sekitar jam 7 lebih kami berlegar mencari makan malam. Banyak kedai-kedai muslim dibina disepanjang jalan Auong Nang. Bayaran? Tak lah mahal sangat...Lebih kurang negara kite jer..Selepas tu kami semua mengambil peluang berjalan sepanjang jalan melihat-melihat disetiap gerai jualan kain baju, souvenier, makanan Thai yang tak pernah dilihat sebelum ni dan macam-macam lagi. Boleh juga menyewa Tut-Tut jika hendak mengambil angin sampai ke tepi laut dengan bayaran 30baht (Lbh kurang RM3 ) utk satu kepala.
|
Makan malam kami digerai sekitar Auong Nang. |
|
Tut tut yang boleh disewa dengan kadar 30baht (RM3) untuk bersiar pada malam hari sekitar tepi pantai Auong Nang |
|
Menikmati suasana malam di Auong Nang |
Kami melayani mata dan poket membeli segala macam souvenier, makanan dan kain baju. Yang menariknya sepanjang jalan ade sekelompok Mat Nyah yang cantik bergaun kembang ala Cinderella dengan sarat berhias hiasan kepala lagak macam pentas Fesyen. Bayaran 100bath (lbh krg RM10) dikenakan kepada setiap pelancong yang ingin berfoto dengan mereka.
Esoknya bermulalah aktiviti yang sedari awal kami susun dan plan. Kami memilih dan booking untuk pakej menjalankan aktiviti pantai melalui rumah penginapan kami. Sekitar jam 8.30 pagi ade sebuah bas mini mengutip dan mangambil kami menuju ke tepi pantai dan akan ada satu boat yang akan membawa kami kesetiap pulau. (Mengikut pakej yang kami pilih)
|
Berkumpul beramai-ramai untuk menaiki boat menuju ketengah pulau. Acara mencatit nama setiap ahli kumpulan. |
|
Ready nak menaiki boat menjelajah Pulau-pulau |
|
Masing-masing tengah teruja |
|
Dalam boat .Masing -masing teruja tgok kejernihan air lautnya |
|
Pemandangan ditengah-tengah laut |
|
Bapa saya dan cucu comeinye bergambar kenangan semasa tiba disalah satu Pulau-Chicken Island |
|
Tup Island- Pulau pertama yang kami singgah.
|
|
Jernihnya air..Hijau zamrud warnanya..Kami semua riang berendam..huuhuhu |
|
Berposing lagak macam juruselam profesional gitu |
|
En Somi dan anak sulong kami bersnorkeling di air jernih. |
|
Semasa beratur menunggu mangambil makan tengahari ketika singgah di Poda Island |
|
SubhanAllah..sangat cantik..Pertembungan dua gunung dan kehijauan air lautnya membuatkan saya rindu untuk kesana semula |
|
Semasa berada diperut motoboat |
~ cerita akan bersambung ke part 2~
Read more: http://www.adibsite.com/2014/11/pasang-facebook-comments-responsive.html#ixzz3Pd3lfqkd